December 09, 2008

Renungan DARI AKU

Nih HasIL NukilaN aku...
try fahAm! MungKin De KenA MengeNa ngn Kamu yg BaCa:



Hola….!! How’s life? Harap2 still funky walaupun cam2 prob yg datang…
Pelan2 kayuh, my fren! Takder prob yang tak leh settle.
Erm…Pe yang korang paham tentang hidup?
Kalau aku tanye erti KEHIDUPAN.. rase2 korang leh jawab tak?
Tak saper tahu…
Kalau yang tahu pun maknanya mengikut persepsi masing-masing..
Namun kita kena tau dan perlu amik tau apa perlu kita buat dalam kehidupan.
Apa yang aku nak dalam hidup ni ek?
Sememangnya banyak tapi mampu ke nak capai semua sebelum aku disahkan pejam mata wat selamanya?
Bagi aku.. asal ada tekad semua leh jadi.. tul tak?
Bak kate orang tua2.. Nak seribu daya… tak nak seribu dalih!
Cam aku… Aku nak suatu hari nanti aku ada karier yang bagus dan mempunyai sebuah kehidupan yang bahagia bersama keluarga dan insan tersayang serta anak-anak yang cute dan bijak (3 orang mungkin cukup kot!) yang sentiasa di sisi… Chewahhh….!!
Tinggi cita2 tu… hope semuanya berjalan seperti yang dirancang.. Amin..!!
Tapi kekadang terpikir gak.. who will be my husband nanti..??
Bila piker pasal PERKAHWINAN… menakutkan gak!!
Tanggungjawab yang perlu dipikul amatlah besar…
mampu ke nak wat semua tu.. anak.. suami… rumahtangga.. kerja… HahaHaa..
Tak dapat bayangkan cam manalah aku waktu tu…
Mau terjarap gak kalau kena pikul semua tu dalam satu masa.
Aku cakap camni bukannya aku dah kemaruk nak kawin tapi bila pikir masa makin jauh berlalu…
Sedar tak sedar diri ni makin tua… dah 22 tahun pun..
Dah melangkah alam dewasa dh pon tapi perangai still cam budak umur 17 tahun…
Masih ingat enjoy.. Nakal jangan cakaplah…
Naik kebas jugaklah mulut mak kat rumah membebel pasal perangai kita.
Alaahh.. Adatlahkan remaja!!
Tapi dalam bab pilih pasangan ni…
Tak perlulah nak terburu-buru… yer dak?
Kerana Allah telah menjadikan setiap makhluknya berpasangan.
Sebab tu aku percaya..
Hanya perempuan yang baik akan mendapat lelaki yang baik..
Lagipun KEJUJURAN dan KESETIAAN adalah tiang sebuah hubungan. Ewaahh..!
Mungkin tuhan tu.. sengaja nak kita jumpa dengan orang yang salah sebelum menemukan kita dengan orang yang sebenarnya.
Supaya apabila kita dah bertemu dengan orang yang betul2 suitable ngan kita (kiranya cam soulmate laa) kita tau bagaimana nak bersyukur ngan nikmat pemberian tersebut.
Cam kata Dr. Love, Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup, yang lain pasti terbuka tetapi lazimnya manusia ni tak sedar..
dan akan hanya memandang pintu yang telah tertutup itu sehingga tak sedar pintu yang dah pun terbuka untuknya.
Perkara cam gini selalu jadi pada insan yang sering gagal dalam PERCINTAAN…
tak caye? Tepuk dada.. Tanya hati!
Dalam PERSAHABATAN pun camtu gak…
jujur dan setia penting dalam kita menilai saper kawan kita.
Bak kata orang, kawan ketawa senang nak cari tapi kawan sama-sama berkongsi duka.. 1 dalam seribu.
Bagi aku, kawan yang baik ialah seseorang yang boleh duduk berbuai bersama tanpa berkata walau sepatah pun dan kemudian pergi dengan satu perasaan istimewa iaitu… itulah pertemuan yang paling hebat pernah saya alami seumur hidup saya!!
Adakah korang termasuk dalam spesies tu?
Lagi satu masalah manusia ni…
Nape ek.. kita selalu meratapi PEMERGIAN..
Lagi-lagi bila orang tu kita sayang…
Pelikkan manusia ni… bila dah tercongok depan mata sikit pun tak pandang tapi bila dah jauh.. mulalah rase rindu… sayang dan macam2 rase lagilah.
Perkara ni adalah realiti!
Semua pasti merasainya. So, tak payahlah nak main tuduh-tuduh ataupun berselindung di balik bayang-bayang sendiri..
Memang benar! Kita takkan tahu ape yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya.
Dan kita juga tak tau bila masanya kita rindu sehinggalah dia datang sendiri dalam hidup kita.
Nama pun manusia.. kita mesti tak terlepas dari melakukan kesalahan tapi tu tak bermakna kita perlu mengulangi kesilapan yang sama sepanjang hidup kita..
BELAJAR DARI KESILAPAN! Ayat tu yang patut dipegang!
Terkadang tu manusia sering melakukan kesilapan dalam soal hati dan perasaan.
Saper yang tak nak diri mereka disayangi tapi tak semua bernasib baik mendapat CINTA SEJATI.
Memberi seseorang seluruh cinta bukan 1 kepastian yang mereka akan mencintai kita kembali.
JANGAN HARAPKAN CINTA SEBAGAI BALASAN… ayat tu yang sering dikatakan bestfriend aku.. betul gak kata2 dia tu.
Cinta memang tak leh dipaksa kerana cinta adalah satu perkara yang abstrak.
Ia datang tanpa dipaksa dan pergi tanpa diminta.
So, nantikan saja ia mekar di hati kerana ia cuma mengambil masa
seminit untuk jatuh hati…
sejam untuk menyukai…
satu hari untuk mencintai
tetapi akan mengambil masa seumur hidup untuk melupakan.
Ajaibkan…? Itulah penangan cinta…
Cinta boleh membuatkan seseorang tu menjadi bukan dirinya kerana
cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman
tetapi berakhir dengan tangisan..
Kiranya manusia kat atas bumi ni tak boleh lari dari terjebak dalam kancah ini.
Semua pasti merasainya.
Cuma cara dan keadaan saja yang berbeza.
Tapi ada gak manusia yang tak reti hargai cinta.
Ada tu lebih suka cari yang ada rupa..
Dan yang paling penting duit masyuk!!
Bila dapat yang buruk sikit.. badan tak sesolid Pamela Anderson..
mulalah kata, U NOT MY TYPE!!
Tapi bagi aku biar miskin harta asal kaya budi bahasa…
kerana kecantikan akan luntur ditelan masa
dan kekayaan dunia akan susut gak.
So, carilah orang yang boleh membuat anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hati yang suram
tapi sekarang ni..
ramai gak yang dah tak pandang body or rupa.. kiranya LOVE IS BLIND laa..!!
Syabas diucapkan pada manusia sebegini
tapi masih ada lagi yang sering diperlekehkan kerana kekurangan diri.
Kesian…
Hey! Cammon guyz.. no one is perfect!!
Britney Spears.. J-LO hatta Siti Nurhaliza tu pon de kekurangannya gak.
Tetapi kekadang tu.. sendiri yang terlalu low profile!
Suka merendah diri dan takder self-confident..
Hah! Tak lehla camtu deqnon oii…
LIFE MUST BE GO ON!
So, kita kena tunjukkan yang kita boleh.. orang lain leh watpe?
So, aku de some advice kat orang2 yang berfikiran camni..
supaya mimpilah apa yang korang nak mimpi…
Pergilah kemana korang nak pergi
dan lakukanlah semua perkara yang korang terpikir nak wat..
keluarlah dari kelongsong diri korang yang dah lapok lagi konu tu…
cerminkan IDENTITI baru.
Semoga korang memiliki kebahagian yang cukup untuk membuat korang rasa diri korang menarik, vogue, dan jangan amik kisah pe orang lain nak kate.
Percubaan camni cukup untuk korang merasakan betapa bertuahnya korang dapat peluang bernafas atas bumi tuhan ni.
Enjoy selagi boleh enjoy..
jangan dikatakan hidup hanya menongkat langit jer!!
Asalkan korang tak melanggar undang-undang kerajaan Malaysia dan norma-norma kehidupan sudah..
Enjoy ur life.. ok!!
Aku suka ingatkan diri aku ngan memember…
lelagi member yang jenis tak sedor diri…
supaya sentiasa letakkan diri dalam kasut orang lain, Jika kamu rase sesuatu tu menyakitkan kamu..
pikirlah ia juga mungkin menyakitkan orang lain.
Sebelum buat sesuatu tu.. piker dulu risikonya.. jangan main hembus jer..!!
pasti kebahagian menanti anda.
Cepat atau lambat tak jadi soal.. yang penting kita BERUSAHA ke arah itu.
Tapi kebahagian tak semestinya dengan memiliki semua yang terbaik.
Hanya orang yang boleh menghargai kepentingan manusia sekelilingnya saja yang boleh memilikinya…
So, hargailah hidup orang di sisi anda!!
Terutama sekali PARENTS yang dah banyak berjasa dalam hidup kita.
Kalau korang bleh hitung..
baper agaknya duit mak bapak korang lebur semata-mata untuk besarkan korang.
Tanpa mereka…
kita takkan boleh berdiri melihat bulan dan matahari sekarang nih..
MASA DEPAN KITA IMPIAN MEREKA…
Bagi aku.. adalah tanggungjawab aku untuk memberikan senyuman kebanggaan di bibir mak dan ayah yang banyak berkorban membesarkan anak malang ini supaya menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.
Kalau dulu, sewaktu dilahirkan…
kita menangis sedangkan orang di sekeliling tersenyum gembira.
So, teruskan hidup dengan penuh keberkatan dan lakukan seberapa banyak amalan supaya apabila kita mati…
kitalah yang akan tersenyum dan orang di sekeliling kita pula yang menangis….